There’s a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes and my life that only you can complete.

love yuu syg ! one i eva had. (:

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 19, 2011

please don't miss it !

hellu.hellu. (:

ta sabarnye nak tunggu mlm ni. why ! sebabnye tonite 1st episod slot STANZA CINTA lakonan aaron aziz ! omg. sukanyee aaron aziz berlakon. relax je. huhu. (: yelah ija. dun miss it uke. afta cerite tu, nak pegi mana pom pergilah. (: ne semua garagara romantiknye seth tan dlm cite NORA ELENA. (: ouh.ouh.ouh !

ngee. ntahla how sy boleh berminat dgn citacita mcm ne pom tatahu lah. (: pkul 8.30 da mao siapsiap dok depan tv da. ta sabaq sgt uke. (: sy dah baca sinopsis kat novel STANZA CINTA. mcm best je jalan cita dia. aduhaii. suke.suke.suke. (:




Watak-watak dlm STANZA CINTA. *_*

Amni Sorfina

Seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah, yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema.


Irfan Ikmal

Tunang Amni. Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.


Taufik Imran
Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama.



SINOPSIS STANZA CINTA (FROM NOVEL)


novel STANZA CINTA bt nurull halawati. (:
na kena carik jugak novel ne. na baca. kotkot termiss 1 episod. =p


Amni Sorfina, seorang gadis yang berkeperibadian indah seindah namanya yang bermaksud ‘ketenangan yang suci’. Amni merupakan seorang wanita akhir zaman yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah. Namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian sering melanda dirinya.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya.

Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah. Taufiq hadir dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah.

Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Begitu jugalah perhubungan antara Amni dan Taufiq. Perhubungan mereka berlandaskan syariat Islam, tahu batas-batas perhubungan antara seorang lelaki dan wanita. Menggunakan orang perantaraan untuk menyampaikan hajat menyunting idaman hati. Ada dugaan dan rintangan menanti mereka tika saat dalam proses untuk mengikat hubungan supaya halal disisi Allah S.W.T. Jika memang jodoh, walau si dia jauh beribu batu, tetap akan bersatu. Tetapi, jika memang tiada jodoh, walau berada didepan mata, tetap tidak akan dapat untuk dimiliki. Masih belum tiba waktunya untuk Amni dan taufiq bersatu.

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Stanza Cinta memaparkan kisah cinta tiga segi. Amni mencintai Taufik tetapi bertunang dengan Irfan. Bagaimanakah Amni boleh bertunang dengan Irfan?. Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati. Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni, yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

Bagi Irfan Ikmal, Amni adalah seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas dan sangat tabah walaupun suka menangis dan mudah tersentuh hatinya. Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika Irfan teraba-raba dalam kegelapan dan membuatkan Irfan mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkan padanya.

Bagi Taufiq Imran pula, Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin dijadikan zaujah disisinya. Taufiq membutuhkan dukungan Amni sebagai peneguh, doa Amni untuk kehidupan, senyum Amni untuk mengatasi kesedihan dan diri Amni untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna. Taufiq sungguh mencintai Amni kerana Allah…..”

ouh.. da tacing da membaca ne. ta sabaq na tgk mlm ne jam 9 mlm kat tv3. (:

No comments:

Post a Comment